CARA PILIH CERMIN MATA DENGAN BETUL

0 comments

Mempelajari cara memilih bingkai untuk cermin mata mungkin kelihatan seperti tugas yang susah dan anda pasti akan berasa ragu-ragu untuk membeli, tetapi tidak semestinya. Terdapat beberapa cara mudah untuk menentukan bingkai mana yang paling sesuai dengan wajah anda supaya dapat mempamerkan gaya yang menarik dan sesuai dengan rupa bentuk muka anda.

Terdapat beberapa cara memilih bingkai:

PERTAMA: Kenalpasti bentuk wajah anda

Mengenalpasti bentuk wajah anda adalah langkah yang baik untuk mempelajari cara memilih bingkai. Untuk mengetahui bentuk wajah, lihat wajah anda di cermin dan cuba untuk lukis bentuk muka menggunakan whiteboard marker atau pen mudah padam. Dengan itu, anda akan dapat memilih bingkai yang sesuai.
Rujuk gambar di bawah;

Ini merupakan beberapa contoh bentuk wajah dan bingkai yang mana sesuai dengan wajah anda.


Untuk setiap bentuk wajah, terdapat bingkai pelengkap yang dapat membantu menyeimbangkan penampilan anda. Bingkai tertentu boleh menonjolkan atau bahkan mengurangkan ciri-ciri tertentu. Sekiranya anda mempunyai wajah berbentuk oval, berita baik, anda akan kelihatan luar biasa di kebanyakan bingkai. Wajah berbentuk hati akan unggul dalam bingkai bulat yang lebih tebal di bahagian atas untuk mengimbangkan dagu kecil.


KEDUA:
Pilih warna yang sesuai dengan warna kulit anda
Anda perlu belajar untuk memilih bingkai yang sesuai dengan tone warna kulit anda. Sekiranya anda berkulit gelap, elakkan memilih bingkai yang berwarna cerah. Tetapi, ini tidak penting sekiranya anda berasa confident !


KETIGA:
Pertimbangkan cara hidup anda
Setiap daripada kita menghabiskan kehidupan sehari-hari dengan cara yang berbeza, sebab itulah anda mesti memikirkan gaya hidup anda sebelum membuat keputusan mengenai bingkai. Sekiranya anda seorang atlet atau jika anda bekerja di industri yang berintensifkan buruh seperti pembinaan, anda mungkin ingin memilih bingkai yang tahan lama untuk melakukan aktiviti seharian. Salah satu tips yang paling penting adalah memastikan bingkai sesuai di bahagian hidung anda. Ini akan membolehkan cermin mata anda kekal lebih baik. Sekiranya anda kerap bersenam, bingkai yang selesa dan kukuh adalah satu kemestian. Sekiranya anda memerlukan cermin mata hitam untuk aktiviti di pantai, dapatkan bingkai berwarna lembut yang akan melengkapkan suasana santai anda.


KEEMPAT: Raikan keperibadian anda
Bingkai adalah cara terbaik untuk menunjukkan keyakinan dan keperibadian diri anda. Dalam proses memilih bingkai seperti mencari bentuk, warna, atau corak yang sempurna, ini semua tidak bermakna jika anda berasa tidak selesa atau tidak yakin. Jadi, pilih ikut keselesaan diri anda.

Mencari bingkai yang tepat akan menjadi mudah jika anda mengetahui bentuk wajah anda, membuat keputusan warna yang tepat, mempertimbangkan gaya hidup, dan memilih apa yang menjadikan anda paling yakin dan selesa. Keempat-empat langkah mudah ini akan menjadikan pencarian bingkai yang sempurna untuk wajah anda menjadi lebih cepat.

Leave a comment

All blog comments are checked prior to publishing
[time]
You have successfully subscribed!