APA ITU DIGITAL EYESTRAIN?

0 comments

 

Ia merupakan masalah berkaitan mata dan penglihatan yang berpunca dari penggunaan komputer, tablet, e-reader dan telefon bimbit yang berpanjangan. Ramai individu mengalami ketidakselesaan mata dan masalah penglihatan ketika melihat skrin digital untuk jangka masa yang panjang. Tahap ketidakselesaan nampaknya meningkat dengan jumlah penggunaan skrin digital.

 

CARA MELEGAKAN GEJALA DIGITAL EYESTRAIN

Gejala digital eyestrain termasuk:
  • Keletihan dan ketidakselesaan mata
  • Mata kering
  • Sakit kepala
  • Penglihatan kabur
  • Mata merah
  • Berkerut mata
  • Sakit leher dan bahu

 

Berikut adalah 10 langkah mudah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko digital eyestrain dan gejala yang berkaitan dengannya:
  1. Dapatkan pemeriksaan mata yang komprehensif
  2. Gunakan pencahayaan yang betul
  3. Kurangkan silau
  4. Naik taraf display komputer
  5. Laraskan setting display komputer
  6. Kelipkan mata lebih kerap
  7. Lakukan senaman mata
  8. Kerapkan berehat
  9. Ubah suai tempat/ kawasan kerja
  10. Dapatkan cermin mata untuk komputer

 

Leave a comment

All blog comments are checked prior to publishing
[time]
You have successfully subscribed!